4 SEBAB KENAPA PULAU KAPAS SESUAI UNTUK BAWA ANAK-ANAK – No 3 PALING BEST!

Jika anda mencari destinasi percutian yang sesuai untuk membawa anak-anak, maka Pulau Kapas adalah pilihan yang tepat!

Dengan suasana santai dan pantai yang cantik, pulau ini menawarkan pelbagai aktiviti yang pasti akan membuat anak-anak anda gembira.

Jom! Kami terangkan kenapa Pulau Kapas sesuai menjadi pilihan anda sekeluarga.

Percutian Keluarga Pulau Kapas

Antara yang menjadi kerisauan ibu ayah tentulah bagaimana nak menguruskan anak-anak sebelum, semasa dan selepas tiba di pulau bukan? 

Tak perlu risau, dengan persediaan yang betul, anak-anak pasti akan enjoy dengan percutian ini. 

Nak tahu kenapa Pulau Kapas sesuai untuk dibawa anak-anak? Mari kita lihat beberapa sebabnya:

1. Hanya 10 – 20  Minit Dari Tanah Besar 

Antara yang menjadi kerisauan ibu ayah apabila jarak perjalanan menaiki bot ke pulau yang mungkin mengambil masa yang terlalu lama. 

Untuk ke Pulau Kapas, hanya 10 – 20 minit sahaja perjalanan menaiki bot dari tanah besar. Jadi, tak perlu risau perjalanan yang terlalu lama di atas bot.

Suasana Percutian Bersama Keluarga Pulau Kapas

Anak-anak semestinya akan enjoy dan teruja dengan pengalaman menaiki bot untuk ke pulau. 

Apabila menaiki bot di Pulau Kapas atau mana-mana destinasi perairan, disyorkan agar semua penumpang, termasuk anak-anak, memakai jaket keselamatan sepanjang perjalanan. 

2. Pantai Yang Landai & Bersih

Pulau Kapas menawarkan pelbagai aktiviti air yang sesuai untuk kanak-kanak, seperti berenang, bermain air, dan snorkeling ringan.

Selain itu, permukaan pantai yang landai membuatkan air di kawasan pantai menjadi cetek dan kurang berombak.

Sesuai Untuk Aktiviti Bersama Anak-anak

Anak-anak akan enjoy dan ibu bapa tidaklah terlalu risau keselamatan mereka. Jika anda tidak membawa peralatan menyelam, boleh sahaja menyewa peralatan tersebut di sana nanti. 

3. Tepi Pantai Pun Ada Ikan! 

Seronok sangat tengok anak-anak teruja bila melihat ikan-ikan berenang di sekeliling mereka!

Kalau anda mempunyai anak-anak yang berusia 3 tahun ke bawah, aktiviti bermain air di tepi pantai sangat sesuai. Di sini, tak perlu ke tengah laut pun ikan-ikan kecil sudah banyak bermain di kawasan yang cetek. 

Anak-anak berenang Bersama Ikan di Pulau Kapas

Oleh itu, Pulau Kapas adalah tempat yang sangat menarik untuk percutian bersama anak-anak. Semestinya pengalaman ini memberi mereka memori yang menyeronokkan bersama keluarga.

4. Penginapan yang Sesuai untuk Keluarga

Terdapat pelbagai jenis penginapan di Pulau Kapas yang sesuai untuk keluarga.

Anda boleh memilih dari chalet, villa, resort atau camping site yang sesuai untuk keperluan keluarga.

Beberapa penginapan juga menawarkan kemudahan seperti outdoor swimming pool, ruang dan fasiliti BBQ, restoran dan beberapa kemudahan lain yang sesuai untuk keperluan keluarga bersama anak-anak.

Baca Juga: 7 Pulau Kapas Resort Terbaik! No. 5 Selalu Sold Out!

Kebanyakkan penginapan juga dilengkapi dengan aircond, peti ais mini juga beberapa pekakasan elektrik.

Penginapan Sesuai Bersama Anak-anak

Benda Penting Perlu Ready Untuk Anak-Anak

Namun, beberapa perkara yang perlu ibu ayah ready sebelum sampai ke pulau ialah keselesaan anak-anak apabila tibanya waktu senja dan malam.

Antaranya mosquito repellent. Jenis spray atau patch.

Kawasan pulau kebiasaanya pada waktu senja dan malam agak banyak nyamuk.

Untuk berikan anak-anak keselesaan, boleh spray terlebih dahulu di kawasan penginapan atau lekatkan pada pakaian anak-anak.

Jika tidak bawa, anda boleh sahaja beli di kedai yang ada di Pulau Kapas. Namun harganya sedikit mahal berbanding di tanah besar.

“Boleh Uruskan Percutian Keluarga Kami? “

Oh. Kalau anda kesuntukan masa dan ingin kami tawarkan pakej terbaik untuk percutian keluarga anda termasuk tempat penginapan, kami boleh bantu anda.

Kami berpengalaman menguruskan percutian keluarga di Pulau Kapas dan mempunyai pelbagai pilihan pakej yang menarik mengikut kehendak dan bajet anda.

Untuk informasi lanjut, anda klik button di bawah.

Leave a Reply