You are currently viewing Pulau Kapas Day Trip – 7 Aktiviti Best Untuk Anda!

Pulau Kapas Day Trip – 7 Aktiviti Best Untuk Anda!

Dalam perkongsian kali ini, kami akan kongsikan segalanya yang anda perlu tahu untuk merancang Pulau Kapas day trip anda sendiri. 

Biasanya, day trip ni merujuk kepada aktiviti yang anda boleh terus lakukan dalam sehari samada bermalam atau pulang hari di sesebuah kawasan.

Cuma, bagi kami agak rugi sekiranya anda tidak merancang untuk setidak-tidaknya bermalam semalaman disini terutamanya jika anda datang bersama-sama pasangan atau rakan-rakan anda.

Apapun, jangan risau. Pulau Kapas day trip pun akan memberikan anda sebuah pengalaman yang sangat best.

Pulau Kapas Day Trip – Jarak dan Lokasi

Pulau Kapas salah satu lokasi percutian popular di Malaysia yang terletak hanya enam kilometer sahaja daripada daratan negeri Terengganu jika anda datang ke sini melalui jeti Marang dengan menaiki bot.

Pulau di Laut Cina Selatan ini yang terletak di dalam daerah Marang, Terengganu ini mengambil masa sekitar 30 minit jika anda menaiki bot biasa. Sebaliknya, anda boleh menjimatkan perjalanan anda dan sampai sekitar 10 minit sahaja dengan bot laju.

Ia juga tidak jauh dengan Kuala Terengganu. Daripada jeti Marang ke Kuala Terengganu yang merupakan ibu negeri Terengganu, ia hanya mengambil masa sekitar 20 minit sahaja.

Sebab itulah ramai yang memilih untuk melakukan Pulau Kapas day trip kerana ia tidak jauh dari Kuala Terengganu dan mereka boleh memilih untuk bermalam di sana berbanding di Pulau Kapas.

Kebiasaannya, mereka yang memilih day trip ini kerana mereka datang hanya semata-mata untuk aktiviti snorkeling atau scuba diving sahaja.

Jom lihat apa lagi aktiviti lain yang anda boleh lakukan disini.

Aktiviti Untuk Pulau Kapas Day trip

Pulau Kapas Day Trip

Sebenarnya ada banyak aktiviti yang anda boleh lakukan di Pulau Kapas. Jika anda ingin lakukan kesemua ini dalam day trip anda, boleh je. Tapi agak rushing dan sedikit penat untuk anda.

Hal ini kerana Pulau Kapas sedikit berbeza berbanding pulau lain disebabkan oleh beberapa kawasan yang ada disini yang memberikan pilihan aktiviti yang banyak buat para pengunjung.

Ada banyak aktiviti yang anda boleh lakukan disini. Antaranya:

1. Snorkeling dan Scuba Diving

Pulau Kapas Day Trip

Kebanyakan pengunjung yang memilih untuk melakukan day trip kerana mereka hanya ingin melakukan aktiviti snorkeling dan scuba diving sahaja.

Hal ini kerana ia merupakan di antara lokasi yang popular untuk aktiviti ini di yang Malaysia. Bukan peminat aktiviti ini dari dalam negara sahaja yang datang. Ramai juga yang datang dari luar negara.

Disini, ada beberapa lokasi untuk anda melakukan snorkeling dan scuba diving. Ia turut menyediakan kelengkapan dan kemudahan untuk anda melakukan aktiviti tersebut.

Ditambah pula dengan kejernihan air lautnya dan variasi hidupan laut yang ada seperti terumbu karang, pelbagai spesis ikan, belut laut, sotong besar, landak laut, kerang besar dan macam-macam lagi menjaminkan sebuah pengalaman yang menyeronokkan.

2. Mendaki Bukit Singa

Lain macam kan bila datang ke pulau tapi dapat juga melakukan aktiviti hiking? Itulah apa yang ditawarkan di Pulau Kapas ini di mana anda boleh mendaki Bukit Singa.

Bukit Singa diberikan nama sedemikian kerana jika dilihat dari bahagian sisi, ia kelihatan seperti kepala seekor singa. Ia telah menjadi salah satu daripada mercu tanda Pulau Kapas.

Untuk melakukan aktiviti hiking, kami sarankan anda untuk memakai pakaian yang sesuai terutamanya pemilihan kasut. Hal ini kerana terdapat banyak permukaan dan juga batu yang agak licin.

Menariknya di puncak Bukit Singa ini adalah, anda mampu untuk melihat keindahan Pulau Kapas dari sudut yang berbeza. Anda pasti akan terpukau dengan pemandangan pulau dan lautan yang luas terbentang dari puncak bukit ini. Sangat sesuai untuk aktiviti Pulau Kapas day trip anda.

3. Berkayak di Pulau Kapas

Pulau Kapas Day Trip

Jika anda datang ke Pulau Kapas bersama pasangan, keluarga atau rakan-rakan, kami sangat sarankan anda untuk tidak melepaskan peluang untuk berkayak di sekitar pulau ini.

Suka untuk kami cadangkan untuk anda melakukan aktiviti berkayak ini pada waktu petang. Disini ada disediakan segala kemudahan untuk berkayak menerusi kadar sewaan yang berpatutan.

Kenapa kami cadangkan waktu petang? Selepas penat berkayak mengelilingi pulau dan menikmati keindahan pantai, anda boleh mendapatkan pengalaman melihat matahari terbenam dari atas kayak anda.

4. Pulau Kapas Day Trip – Island Hopping

Kalau anda dah sampai ke Pulau Kapas, jangan lepaskan peluang untuk melakukan aktiviti island hopping ini. Hal ini kerana, agak rugi jika anda terlepas peluang untuk melihat keindahan pulau dan hidupan marin yang ada.

Antara kawasan yang anda bakal lawati adalah Pulau Gemia yang sangat dikenali sebagai salah satu daripada pulau-pulau yang mewah di kawasan Kuala Terengganu.

5. Rumah Api

Sebuah lagi mercu tanda buat Pulau Kapas adalah Rumah Api Pulau Kapas. Ia merupakan salah satu daripada lokasi terbaik untuk anda melihat pemandangan matahari terbit dan juga terbenam.

Jangan risau. Anda boleh tanyakan staf tempat penginapan atau sesiapa sahaja di sana berkenaan lokasi dan cara untuk sampai ke rumah api ini. Antara aktiviti yang sangat-sangat berbaloi untuk anda lakukan.

6. Mandi di Gua Batu Kapas

Pulau Kapas Day Trip

.

Sesuai juga untuk anda masukkan ke dalam aktiviti day trip anda. Apabila anda dah sampai di sekitar kawasan Bukit Singa, apa kata jika anda terus mandi-manda di dalam gua yang terletak di bahagian belakang bukit ini. Ia pasti akan menjadi satu memori dan pengalaman percutian yang sangat istimewa buat anda.

Kawasan ini tidak terlalu luas. Namun, apa yang menjadi tarikan disini adalah kejernihan air lautnya ditambah pula dengan keindahan pantulan cahaya matahari akan memberikan fenomena yang menarik disini.

7. Bersiar-siar di Pantai Batu Kapas

Pulau Kapas Day Trip

.

Sesuai untuk anda yang inginkan aktiviti santai di petang hari. Anda boleh luangkan masa dengan bersiar-siar mengelilingi pulau ini. Sukar untuk anda temukan keindahan dan ketenangan alam semulajadi sebegini di bandar.

Ia juga sesuai buat anda selepas penat seharian melakukan aktiviti yang lebih berat seperti hiking, jungle trekking, scuba diving, snorkeling dan lain-lain. Kiranya aktiviti santai-santai petang.

Jika anda datang bersama anak-anak, waktu petang beginilah waktu yang sesuai untuk anda berikan mereka masa untuk bermain pasir pantai, mandi laut dan sebagainya.

Kesimpulan Pulau Kapas Day Trip

Sebenarnya tak cukup dan tak puas jika anda melakukan Pulau Kapas day trip ke sini. Paling tidak, bermalam untuk satu malam. Barulah anda boleh melakukan aktiviti disini dengan lebih tenang dan benar-benar menikmatinya.

Tapi, tiada masalah pun jika anda masih ingin melakukan Pulau Kapas day trip. Anda cuma perlu susun masa sebaik mungkin sahaja.

Jika anda perlukan bantuan untuk merancang percutian dan aktiviti anda di Pulau Kapas, kami bersedia untuk membantu anda untuk menikmati sebuah pengalaman percutian yang sangat best disini.

Klik button di bawah untuk informasi lanjut.

.

Leave a Reply