You are currently viewing HIKING DI BUKIT SINGA, PULAU KAPAS – WAJIB Anda Perlu Cuba!
Pengunjung sedang hiking di pulau kapas

HIKING DI BUKIT SINGA, PULAU KAPAS – WAJIB Anda Perlu Cuba!

Antara aktiviti yang popular di sini adalah hiking di Pulau Kapas.

Bukit ini juga dikenali sebagai “Bukit Chabang Tiga” oleh penduduk tempatan, dan merupakan salah satu tarikan utama di pulau ini.

Pulau Kapas terletak di Laut China Selatan, kira-kira 6 kilometer atau 20 minit dari jeti Marang , Terengganu.

Suasana Indah Di Pulau Kapas

Bukit Singa menjadi signature kepada Pulau Kapas, dari tepi bukit ini menyerupai kepala seekor singa.

Lihat batuan uniknya, teringat lokasi yang cukup terkenal di Bali.

Selalunya, pengunjung yang hiking ke Pulau Kapas bukanlah mendaki Bukit Singa.

Sebaliknya mendaki bukit berhadapan dengan Bukit Singa.

Dari sinilah baru anda dapat melihat pemandangan dari paras lebih tinggi dan lebih jelas Bukit Singa.

Bukit Singa, Pulau Kapas

Laluan Untuk Hiking Di Pulau Kapas, Bukit Singa

Permulaan perjalanan hiking di Pulau Kapas akan melalui kawasan pejalan kaki. Perlu menaiki beberapa anak tangga.

Permukaan tangga yang berlumut dan ada kawasan tangga yang agak kecil membuatkan anda perlu berhati-hati ketika melalui kawasan tersebut. 

Kemudian anda akan melalui kawasan pantai.

Di Bukit Singa Pulau Kapas, anda boleh memilih untuk tidak memakai kasut kerana kawasannya berpasir. Dan selepas itu, akan ada kawasan berbatu dan mempunyai cerun tinggi. 

Di sini, anda perlu memakai kasut yang bertapak tebal atau agak keras kerana permukaan batu agak tajam. 

Hiking di pulau kapas

Sebaiknya aktiviti hiking ini dilakukan ketika air surut kerana tidak perlu melalui kawasan batu yang tinggi. 

Kedalaman air laut boleh mencecah paras pinggang ketika air pasang untuk kawasan tertentu. 

Laluan Trail Mengelirukan & Tiada Trail Yang Jelas

Tak perlu Risau!

Jika anda baru pertama kali nak hiking di Pulau Kapas, sebaiknya anda mengupah guide atau sertai tour group.

Ini kerana laluan hiking untuk ke puncak tiada trail yang jelas boleh mengelirukan anda.

Keselamatan anda lebih utama kerana trail agak licin dan bahaya.

Keindahan ‘Blue Lagoon’

Apabila anda tiba di kawasan Blue Lagoon, anda akan terpesona oleh kecantikan alam semulajadi tempat ini.

Airnya berkilauan dan jernih, dengan warna biru yang menakjubkan.

Pemandangan pantainya yang berpasir putih dan tumbuhan hijau melengkapkan keindahan panorama.

Persis pemandangan di luar negara!

Satu perkara yang menarik tentang Blue Lagoon adalah keadaan airnya yang tenang dan tidak terdedah kepada ombak yang kuat seperti di bahagian pantai yang terbuka.

Oleh itu, anda boleh berehat dengan tenang dan bersantai di gigi air yang damai ini.

Walaubagaimanapun, Blue Lagoon ini hanya muncul ketika air pasang sahaja dan ada banyak batu tajam di sekitar kawasan tersebut.

Disarankan anda memakai pakaian yang sesuai dan tebal.

Risiko baju anda terkoyak apabila tekena batuan tajam di kawasan ini.

Tidak Mengambil Masa Yang Terlalu Lama

Untuk aktiviti hiking ini tidaklah mengambil masa yang terlalu lama. Sesuai dijadikan aktiviti bersama keluarga dan anak-anak.

Selepas aktiviti hiking, anda boleh teruskan dengan aktiviti bermain air. 

“Saya Suka Aktiviti Adventure Macam Ni. Tapi Takut Nak Pergi Sebab Tak Jumpa Tour Guide Yang Sesuai.”

Bagus ! Sebenarnya ramai yang suka aktiviti yang adventure macam ni.

Tapi risau tentang keselamatan diri.

Tambahan jika anda seorang perempuan atau datang berseorangan.

Kami menawarkan pelbagai aktiviti yang menarik di Pulau Kapas.

Pastinya akan memberi pengalaman manis untuk anda kenang seumur hidup.

Lagi best kerana kami juga menawarkan khidmat tour guide dan tour group untuk aktiviti yang memerlukan pantauan bagi pelancong pertama kali ke Pulau Kapas.

Baca Sini: Pulau Kapas Day Trip – 7 Aktiviti Best Untuk Anda!

Jika anda perlukan bantuan untuk merancang percutian dan aktiviti anda di Pulau Kapas, kami bersedia untuk membantu anda untuk menikmati sebuah pengalaman percutian yang sangat best disini.

Klik button di bawah untuk informasi lanjut.

This Post Has One Comment

  1. Rajkumar

    Hi,
    Im thinking to do a day trip to Pulau Kapas coming 27th, can you help recommend some activities pls.
    ideal day trip or 1 night stay, thanks.

    Regards
    Rajkumar

Leave a Reply