Tercari-cari cara yang paling mudah untuk ke Pulau Kapas ? Ingin tahu juga harga tiket dan jadual bot untuk ke sana?
Jom! Kami bantu anda untuk maklumat yang lengkap supaya mudah anda menyusun waktu perjalanan dan aktiviti.
Pulau Kapas terus menarik perhatian pengunjung dengan pantainya yang indah, air laut yang jernih, dan alam semula jadi yang menakjubkan.
Pulau ini juga menjadi destinasi popular untuk pelancong yang ingin menikmati keindahan alam semula jadi dan rekreasi di persekitaran yang tenang.
Cara Ke Pulau Kapas Melalui Jeti Marang
Pulau Kapas terletak 6 kilometer atau 15 – 20 minit sahaja dari Jeti Marang. Pastikan anda menuju ke daerah yang betul kerana seringkali orang luar keliru dengan nama Marang dan Merang.
Jeti Merang kebiasaannya destinasi pilihan ke Pulau Redang.
Manakala, Jeti Marang pilihan pelancong untuk ke Pulau Kapas.
Awas kalau tersilap. Jauh juga tu nak patah balik. Lebih kurang 40 minit.
Memandu Kenderaan Sendiri
Jika anda memandu sendiri kenderaan, anda boleh parking kenderaan anda di Jeti Marang.
Harga parking adalah RM9 semalam.
Sebelum anda tinggalkan kenderaan, pastikan tiada barang berharga.
Selain itu, pastikan tingkap kereta tertutup rapat dan kereta di kunci dengan selamat.
Menaiki Kapal Terbang
Jika anda menaiki flight, anda boleh menempah tiket penerbangan dari KLIA ke Kuala Terengganu.
Dari Kuala Terengganu, anda boleh ambil Taxi atau Grab untuk teruskan perjalanan dan akan mengambil masa lebih kurang 40 minit untuk tiba di Jeti Marang.
Bas
Jika anda menaiki bas, anda boleh turun di Terminal Bas Kuala Terengganu (MPKT) dan kemudian menaiki taxi atau Grab untuk ke Jeti Marang.
Di Jeti Marang, terdapat kemudahan tandas dan surau jika anda memerlukan.
Sebaiknya anda memakai pakaian yang sesuai untuk aktiviti laut.
Untuk wanita, lebih sesuai memakai seluar kerana memerlukan anda untuk melangkah ke bot dan menaiki tangga.
Pastinya kenangan ini membuatkan anda tak sabar dan teruja untuk tiba di Pulau Kapas.
Bot Ke Pulau Kapas
Perjalanan ke Pulau Kapas mengambil masa lebih kurang 30 minit. Tiket boleh dibeli terus di Jeti Marang ataupun jika anda mengambil pakej, harga tiket bot sudah termasuk di dalam pakej percutian anda.
Harga tiket yang ditawarkan untuk perkhidmatan bot dari jeti Marang ke Pulau Kapas bergantung pada syarikat bot dipilih, musim serta kategori umur penumpang.
Antara syarikat bot yang menawarkan perjalanan ke Pulau Kapas ialah Mak Cik Gemuk Ferry, Suria Link Boat Service dan MGH Boat Service.
Berikut merupakan harga tambang bot ke Pulau Kapas bagi pelbagai kategori umur.
Harga disenaraikan merupakan harga perjalanan bagi dua hala :
- Dewasa – dari RM 40.00
- Kanak-kanak – dari RM 20.00
- Kanak-kanak bawah 3 tahun – Percuma
Perkhidmatan bot disediakan hampir setiap hari bagi perjalanan ke Pulau Kapas. Bot pertama biasanya akan berlepas pada pukul 9.30 pagi dari Jeti Marang.
Manakala, bot terakhir adalah pada 5.00 petang. Pastikan anda menyusun waktu sebaiknya kerana tiada bot yang bergerak pada waktu malam.
Jadual Perjalanan Bot
Jadual Perjalanan Bot adalah seperti berikut :
- 9.00 pagi
- 11.00 pagi
- 1.00 Petang (Tiada kemudahan pada hari Jumaat)
- 3.00 Petang
- 5.00 Petang
Perancangan Awal Penting
Selepas anda booking penginapan, anda bolehlah merancang perjalanan anda. Boleh juga comfirmkan waktu check in pada jam berapa, kebiasaanya pada jam 2.00 petang.
Jika anda tiba terlalu awal, anda boleh melakukan aktiviti lain sebelum check in.
Baca : Pulau Kapas Day Trip – 7 Aktiviti Best Untuk Anda!
Jika anda perlukan bantuan untuk merancang percutian dan aktiviti anda di Pulau Kapas, kami bersedia untuk membantu anda untuk menikmati sebuah pengalaman percutian yang sangat best disini.
Klik button di bawah untuk informasi lanjut.
Untuk esok 2h1m
Bp hrga package per person