You are currently viewing Pakej Pulau Kapas – Destinasi Percutian Terbaik & Berbaloi

Pakej Pulau Kapas – Destinasi Percutian Terbaik & Berbaloi

Sedang mencari pakej Pulau Kapas untuk percutian anda? Jom baca perkongsian menarik kami kali ini.

Dalam perkongsian kali ini, kami akan kongsikan kenapa Pulau Kapas merupakan sebuah destinasi percutian yang menarik dan berbaloi untuk anda kunjungi.

Kami juga akan kongsikan apa aktiviti menarik dan pilihan pakej Pulau Kapas terbaik untuk anda. Jom baca!

Kisah Menarik Asal-usul Nama Pulau Kapas

Pakej Pulau Kapas

Kalau anda perasan, unik sebenarnya nama pulau-pulau di Malaysia. Sama juga halnya untuk Pulau Kapas. Ada banyak kisah berkenaan asal-usul nama pulau ini dan semuanya kisah yang sangat menarik.

Kebanyakan penduduk tempatan percaya bahawa suatu ketika dahulu, pasir di sepanjang pantai di Pulau Kapas ini berwarna kuning. Kononnya, sebuah kapas dagang yang membawa muatan kapas telah tenggelam di sini.

Segala bahan dan muatan yang dibawa telah hanyut dibawa ombak sekaligus mengubah warna pasir di pulau ini sehingga menjadi warna putih. Ada juga yang mengatakan bahawa nama pulau ini diambil bersempena nama pokok kapas.

Ada banyak pokok kapas pada ketika itu di pulau ini sehingga diberikan nama sebagai Pulau Kapas oleh penduduk setempat. Begitulah sedikit sebanyak sejarah asal usul nama pulau ini. Menarik kan?

Lokasi Pulau Kapas

Ia merupakan salah satu lokasi percutian popular di Malaysia yang terletak hanya enam kilometer sahaja daripada daratan negeri Terengganu jika anda datang ke sini melalui jeti Marang dengan menaiki bot.

Pulau di Laut Cina Selatan ini yang terletak di dalam daerah Marang, Terengganu ini mengambil masa sekitar 30 minit jika anda menaiki bot biasa. Sebaliknya, anda boleh menjimatkan perjalanan anda dan sampai sekitar 10 minit sahaja dengan bot laju.

Ia juga tidak jauh dengan Kuala Terengganu. Daripada jeti Marang ke Kuala Terengganu yang merupakan ibu negeri Terengganu, ia hanya mengambil masa sekitar 20 minit sahaja.

Keunikan Pakej Pulau Kapas

Dalam pakej Pulau Kapas yang akan kami kongsikan ini, anda akan dibawa untuk menikmati keindahan alam semulajadi pulau ini yang terkenal dengan pasir pantainya yang putih, kejernihan air lautnya dan beberapa aktiviti menarik yang anda tidak patut lepaskan untuk dilakukan disini.

Anda juga akan didedahkan dengan aktiviti utama yang menjadi tarikan dan tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara. Selain beberapa hidden gems yang ada di Pulau Kapas ini.

3 Aktiviti Utama Pakej Pulau Kapas

Dalam pakej Pulau Kapas yang kami ingin kongsikan ini, anda akan diberikan 3 aktiviti utama yang akan cover segalanya yang anda perlu lakukan disini iaitu:

i. Hiking Bukit Singa

Menariknya berkenaan Pulau Kapas ini adalah, ia turut mempunyai sebuah mercu tanda iaitu Bukit Singa yang menjadi tumpuan ramai untuk aktiviti hiking dan juga jungle trekking.

Nama ini diambil bersempena dengan rupa bentuk semula jadi bukit ini yang jika dilihat dari tepi kelihatan sama seperti kepala seekor singa. 

Ia tidaklah terlalu mencabar namun kami juga tak katakan ia akan menjadi sebuah pendakian yang smooth untuk anda. Suka untuk kami ingatkan agar anda memakai pakaian yang sesuai kerana terdapat banyak permukaan batu bata yang licin disini.

Apapun, segala penat lelah anda ini akan menjadi sangat-sangat berbaloi saat anda sampai di puncak. Disini, anda akan terpesona dengan keindahan alam semulajadi seluas mata memandang.

Anda akan dapat melihat keindahan Pulau Kapas daripada beberapa sudut yang berbeza. Keindahan alam semulajadi, pemandangan pulau dan lautan luas terbentang daripada puncak bukit ini akan menjadi sebuah pengalaman yang sangat menarik buat anda.

ii. Snorkelling

Pakej Pulau Kapas

Antara sebab kenapa Pulau Kapas menjadi destinasi tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara adalah disebabkan oleh lokasinya yang sangat sesuai untuk aktiviti snorkelling.

Percutian ke pulau akan menjadi tidak lengkap jika tiada aktiviti snorkelling. Begitu juga di Pulau Kapas. Rugi jika anda terlepas peluang untuk melakukan aktiviti ini kerana ia sangat kaya dengan hidupan laut yang pelbagai.

Anda boleh temukan terumbu karang, pelbagai jenis ikan yang akan berenang-renang bersama-sama anda, sotong besar, landak laut dan macam-macam lagi disini.

Oh. Jangan risau. Aktiviti ini akan termasuk di dalam pakej Pulau Kapas anda. Tak mungkin kami akan biarkan anda terlepas aktiviti ini jika anda sudah berkunjung ke sini. 

Peralatan untuk snorkelling juga ada disediakan untuk anda. Jadi, semuanya sudah tersedia dan hanya menanti kehadiran anda sahaja. Best kan?

iii. Aktiviti Santai

Selain daripada dua aktiviti yang dinyatakan tadi, anda juga berkesempatan untuk melakukan beberapa aktiviti-aktiviti lain yang kami kategorikan sebagai aktiviti santai untuk anda.

Antaranya adalah bersiar-siar di Pantai Batu Kapas. Alang-alang dah sampai di tempat yang kaya dengan keindahan alam semulajadi seperti Pulau Kapas ini, pasti rugi jika anda tidak memanfaatkan sedikit masa untuk menenangkan fikiran.

Pakej Pulau Kapas

Ada juga aktiviti santai lain seperti berkayak mengelilingi Pulau Kapas. Disini ada disediakan perkhidmatan sewaan kayak pada kadar yang sangat berpatutan. Anda boleh juga berkayak dan menikmati pemadangan matahari terbenam dari atas kayak di tengah lautan.

Selain itu, ada sebuah lagi mercu tanda Pulau Kapas iaitu sebuah rumah api. Anda boleh mendapatkan arah lokasi ini daripada staf tempat penginapan anda. Apa yang menarik di rumah api ini? Biarlah kami simpan dan jadikan kejutan kepada anda saat anda disini nanti.

Senarai Pakej Pulau Kapas

Ada beberapa jenis pakej Pulau Kapas yang kami ingin tawarkan kepada anda. Pakej-pakej ini dibuat mengikut jumlah hari yang anda ingin luangkan disini, jenis aktiviti dan juga mengikut bajet anda.

1. Pakej Pulau Kapas 3H2M Full Board

Pakej ini adalah untuk 3 Pax dimana anda diberikan dua pilihan penginapan yang berbeza iaitu:

  • Superior : Serendah RM424
  • Deluxe : Serendah RM446

Untuk pakej ini, harga adalah termasuk dengan:

  • Speedboat transfer
  • 2x Sarapan pagi
  • 2x Makan tengahari
  • 2x Makan malam
  • 1x Appetizer
  • 1x Trip snorkelling bersama-sama guide
  • 1x Trip hiking bersama-sama guide
  • Peralatan snorkelling

2. Pakej Pulau Kapas 2H1M Full Board

Pakej ini adalah untuk 3 Pax dimana anda diberikan dua pilihan penginapan yang berbeza iaitu:

  • Superior : Serendah RM248
  • Deluxe : Serendah RM264

Untuk pakej ini, harga adalah termasuk dengan:

  • Speedboat transfer
  • 1x Sarapan pagi
  • 1x Makan tengahari
  • 1x Makan malam
  • 1x Appetizer
  • 1x Trip snorkelling bersama-sama guide
  • 1x Trip hiking bersama-sama guide
  • Peralatan snorkelling

Macam mana? Menarik kan pakej Pulau Kapas yang ditawarkan untuk anda ini? Jangan risau. Jika anda perlukan pakej pada harga bajet atau pakej day trip, kami ada pilihan yang menarik untuk anda.

Anda boleh lihat pakej-pakej lain dengan klik pada button di bawah.

Kenapa Anda Patut Pilih Pakej Pulau Kapas Kami?

Ada banyak sebab kenapa kami menjadi pilihan ramai untuk percutian di Pulau Kapas ini. Antaranya adalah:

1. Syarikat Berdaftar

Kami merupakan sebuah syarikat yang berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan turut berdaftar dengan Kementerian Pelancongan Malaysia. 

Setiap pakej yang kami tawarkan juga adalah sah, berlesen dan berdaftar. Jadi, keselamatan dan wang anda adalah terjamin.

2. Pakej Mengikut Bajet Anda 

Kami menawarkan banyak pakej yang boleh disesuaikan mengikut bajet anda kerana kami ingin pastikan semua orang mampu untuk bercuti. Selain itu, kami juga akan memastikan setiap apa yang anda terima menerusi pakej kami adalah berbaloi dan setimpal dengan bayaran anda.

3. Pelbagai Pilihan Pakej 

Kami sentiasa berusaha untuk menawarkan pakej-pakej yang terbaik, berkualiti dan berpatutan mengikut kesesuaian masa, bajet dan aktiviti pilihan anda.

4. Tour Guide Berpengalaman 

Kami juga sentiasa fokus untuk mendapatkan khidmat tour guide yang merupakan penduduk setempat dan mahir dengan selok belok pulau yang kami tawarkan dalam pakej percutian kami. 

Barulah anda dapat menikmati dengan sepenuhnya segala aktiviti, keindahan dan keunikan yang ditawarkan oleh Pulau Kapas dengan selesa dan seronok.

5. Pelbagai Aktiviti Menarik 

Kami akan pastikan anda mempunyai akses kepada pelbagai jenis aktiviti seperti canoe, banana boat, island tour, snorkelling, jungle trekking, BBQ, hiking, aktiviti santai dan macam-macam lagi.

Ada sesetengah aktiviti sudah termasuk di dalam pakej Pulau Kapas yang anda pilih. 

Kesimpulan Pakej Pulau Kapas

Jom pilih dan tempah pakej yang paling sesuai dengan anda kerana Pulau Kapas sentiasa menjadi pilihan ramai terutamanya pada musim-musim cuti. Jadi, lebih cepat anda tempah, lebih baik.

Banyak sangat perkara, aktiviti dan keunikan yang kami ingin anda rasai sendiri di Pulau Kapas. Jadi, kami ingin mengajak anda untuk baca dengan lebih lanjut mengenai pakej-pakej yang kami tawarkan.

Untuk informasi lanjut, anda boleh klik button di bawah.

Leave a Reply