Kalau anda plan untuk ke Pulau Kapas, pastikan anda memilih salah satu daripada 7 Pulau Kapas Resort terbaik cadangan kami dalam perkongsian kali ini.
Rugi kalau anda dah sampai ke sini tapi anda tersalah pilih resort atau tempat penginapan. Memang akan potong mood!
Senarai ini adalah senarai berdasarkan pendapat dan pengalaman peribadi serta pengunjung yang pernah menginap di kesemua tempat yang kami nyatakan.
Oh. Senarai ini bukan ikut ranking ye. Semua sama cuma kami kecilkan kepada 7 pilihan untuk memudahkan anda memilih Pulau Kapas Resort terbaik untuk anda.
Senarai Pulau Kapas Resort Terbaik
Kalau nak tahu lebih lanjut kenapa Pulau Kapas menjadi destinasi tumpuan pelancong samada dari dalam atau luar negara, anda boleh baca perkongsian kami sebelum ini.
Baca Sini: Pulau Kapas Day Trip – 7 Aktiviti Best Untuk Anda!
Dalam perkongsian kali ini, kami nak fokus kepada senarai Pulau Kapas Resort yang terbaik untuk anda.
Bagi kami, dari segi pemandangan, hampir semuanya sama kerana ia terletak di tepi laut.
Apa yang membezakan setiap resort ini adalah dari segi fasiliti dan kualiti yang diberikan.
1. Ombak Kapas Island Beach Resort
Kenapa resort ini menjadi pilihan? Pertama sekali, ia menawarkan jumlah bilik yang banyak.
Jadi, agak susah untuk sold out dan mudah untuk anda plan sekiranya anda datang dalam kumpulan yang besar seperti keluarga, rakan-rakan atau syarikat anda.
Ye la. Lebih mudah kalau semua duduk di resort yang sama kan?
Selain itu, resort ini juga mempunyai reka bentuk yang menarik iaitu fokus pada rekaan rumah kampung Melayu klasik dan berdindingkan kayu.
Ia juga menawarkan pelbagai jenis fasiliti seperti dewan seminar untuk memudahkan aktiviti seperti seminar, ceramah, kem, latihan berkumpulan dan sebagainya.
Anda akan diberikan tiga pilihan jenis bilik iaitu:
- Single
- Twin
- Triple
Anda juga boleh memilih bergantung kepada bajet anda samada anda ingin menginap di bilik yang mempunyai air-cond atau hanya kipas biasa.
Resort ini ada menyediakan bot perantaraan daripada jeti ke resort untuk memudahkan urusan pengunjung yang menginap disini.
2. Qimi Private Bay Kapas Island
Dalam senarai Pulau Kapas Resort Terbaik seterusnya adalah Qimi Private Bay Kapas Island.
Sama seperti resort-resort lain, anda akan disapa oleh pemandangan lautan jernih membiru dan bayu bertiup lembut.
Dari segi rekaan, ia fokus kepada konsep rustic dan dikelilingi oleh alam semulajadi seperti pokok-pokok.
Disini, anda ditawarkan beberapa jenis bilik dan villa bergantung kepada keperluan dan bajet anda.
Jangan risau. Sekalipun konsepnya lebih kepada nature, anda masih disediakan dengan tandas peribadi, kelambu dan turut dilengkapi dengan balkoni peribadi.
Seronok kan dapat menikmati suasana tepi pantai dari balkoni sendiri?
Disebabkan oleh konsep yang dibawanya, ia juga ada menyediakan laluan untuk anda masuk ke hutan untuk aktiviti seperti jungle trekking.
Sama seperti resort sebelum ini, ia juga ada menyediakan perkhidmatan bot perantara untuk memudahkan pergerakan daripada jeti ke resort.
Oh. Disini juga ada disediakan restoran. Jadi, anda tak perlu risau berkenaan makanan.
3. Kapas Beach Chalets
Kapas Beach Chalets atau lebih dikenali dengan nama KBC merupakan salah satu daripada Pulau Kapas Resort terbaik yang anda boleh pertimbangkan.
Hal ini kerana ia menawarkan harga bilik bermula serendah RM40 untuk satu malam.
Anda juga boleh memilih samada ingin menginap di bilik jenis asrama atau chalet yang dilengkapi dengan aircond.
Sebenarnya KBC lebih sesuai jika anda datang dalam kumpulan yang besar.
KBC juga ada menyediakan restoran untuk memudahkan urusan makan dan minum pengunjung mereka.
Antara lain yang menjadikan KBC sebagai pilihan jika anda datang dalam kumpulan yang besar adalah, mereka ada menyediakan permainan pool.
Biasalah bila ramai-ramai dapat main pool akan membuatkan percutian anda disini lebih menyeronokkan.
4. D’Seri Kapas Island Resort
Seterusnya dalam senarai 7 Pulau Kapas Resort Terbaik kami adalah D’Seri Kapas Island Resort.
Resort ini merupakan salah satu daripada resort kegemaran pelancong yang berkunjung ke Pulau Kapas.
Konsep di resort ini adalah lebih moden dan eksklusif yang fokus kepada keselesaan mereka yang menginap disini.
Bilik yang disediakan disini juga lengkap dengan aircond dan kipas. Jadi, anda boleh memilih penggunaannya mengikut kesesuaian anda.
5. Kapas Coral Beach Resort
Ingin kami ingatkan sekali lagi bahawa senarai 7 Pulau Kapas Resort Terbaik ini bukanlah disusun mengikut ranking.
Hal ini kerana dalam banyak-banyak resort yang dinyatakan dalam senarai ini, Kapas Coral Beach Resort merupakan salah satu resort yang paling cepat sold out.
Ada banyak faktor sebenarnya. Sama seperti resort lain dalam senarai ini, anda akan disajikan dengan pemandangan laut dan alam semulajadi yang sangat indah.
Anda juga diberikan tiga jenis pilihan bilik yang berbeza mengikut bajet dan keperluan anda iaitu:
- Superior A
- Superior B
- Deluxe
Selain itu, banyak sangat kemudahan yang diberikan oleh pihak Kapas Coral Beach Resort kepada pengunjung seperti:
- Ruang dan fasiliti untuk BBQ
- Outdoor swimming pool
- Coffee Shop
- Restoran
- Sekuriti 24 jam
Jika anda ingin melakukan sebarang aktiviti popular di Pulau Kapas seperti snorkeling, scuba diving, memancing, mencandat sotong, berkayak atau apa-apa yang berkaitan, anda boleh minta kepada pihak Kapas Coral Beach Resort.
Mereka akan uruskan sebaiknya untuk anda. Kualiti khidmat pelanggan mereka adalah di antara yang terbaik.
Sebab itulah ramai yang ke sini sebenarnya. Ditambah pula jarak dari Jeti Pulau Kapas ke resort yang sangat-sangat dekat.
6. Kapas Turtle Valley
Disini, anda akan diberikan pilihan 6 unit banglo peribadi.
Ada beberapa jenis yang berbeza bergantung kepada saiz kumpulan anda samada anda datang berpasangan atau dalam kumpulan yang besar.
Sebagai contoh, disini ada disediakan dua unit keluarga khas buat anda yang datang dalam kumpulan 4 ke 7 orang.
Sama seperti tempat penginapan lain di dalam senarai 7 Pulau Kapas Resort Terbaik ini, ia juga menawarkan pemadangan yang cantik dan menarik.
Selain itu, setiap bilik di dalam unit ini banglo ini juga dilengkapi dengan bilik air peribadi dan saiz setiap bilik adalah besar.
Ia penting bagi memastikan keselesaan buat mereka yang memilih untuk menginap disini.
Istimewanya disini adalah, anda berpeluang untuk berlayar dengan kapal layar kecil yang disediakan oleh pihak resort. Best kan?
Dari segi makan dan minum juga anda tidak perlu risau kerana disini ada disediakan restoran.
7. LongSha Campsite
Nombor 7 dalam senarai kali ini sedikit berbeza berbanding tempat penginapan lain.
Hal ini kerana ia bukanlah dalam bentuk resort sebaliknya dalam bentuk tapak perkhemahan.
Ia merupakan lokasi terbaik dan popular buat mereka yang gemarkan aktiviti berkhemah.
Disini anda boleh lakukan aktiviti santai outdoor seperti unggun api sambil-sambil bakar makanan dan menyanyi atau sekadar lepak-lepak santai.
Oh. Bestnya disini adalah khemah telah disediakan untuk anda pada harga sekitar RM15 sahaja untuk satu malam.
Kalau anda nak bawa khemah sendiri pun tiada masalah. Dari kawasan tapak perkhemahan ke jeti, ada disediakan bot perantara untuk memudahkan pergerakan anda.
Setakat ini, kawasan ini mendapat review yang positif daripada para pengunjung dari segi kebersihan dan keselamatan.
So, anda tak perlu risau jika anda ingin mendapatkan pengalaman yang sedikit berbeza.
“Nak Penginapan Termasuk dalam Pakej Pulau Kapas Terbaik?”
Oh. Kalau anda nak tanya kami apa pakej terbaik termasuk dengan tempat penginapan, kami boleh bantu anda.
Kami berpengalaman mengendalikan pakej-pakej percutian di Pulau Kapas dan mempunyai banyak pilihan pakej yang terbaik sesuai dengan kehendak dan bajet anda.
Untuk informasi lanjut, anda boleh klik button di bawah.