6 BARANG WAJIB BAWA SEBELUM ANDA BERCUTI KE PULAU KAPAS

Buat yang pertama kali ingin bercuti ke pulau mesti tercari-cari barang keperluan yang sesuai untuk dibawa kan?

Kami akan kongsikan keperluan essentials yang anda wajib bawa bila nak pergi pulau. Jom ikut list di bawah, bolehlah kurangkan beban dan berat beg nanti!

Berikut adalah beberapa barang wajib bawa sebelum ke pulau tersebut:

1. Perlindungan Matahari (Sunscreen)

Sunscreen atau losyen/spray pelindung matahari wajib untuk dibawa apabila bercuti ke pulau.

Ketahanan kulit setiap orang tidak sama.

Di pulau, anda akan terdedah kepada cahaya matahari yang sangat kerap. Kulit akan sunburn dan pedih jika anda tidak memakai Sunscreen dengan kerap.

Pilihan Sunscreen Di Pasaran

Pastikan anda beli jenis waterproof jika anda melakukan aktiviti snorkeling.

Untuk kanak-kanak, anda juga boleh sediakan sunblock yang sesuai untuk mereka. Banyak pilihan di pasaran jenis sunblock yang sesuai untuk kanak-kanak.

Baca Juga: Suncreen yang Sesuai Untuk Kanak-kanak

2. Peralatan Renang dan Snorkeling

Alat snorkeling seperti topeng dan paip snorkel untuk aktiviti snorkeling. Jika anda tiada pun tidak menjadi masalah kerana di pulau nanti anda boleh sahaja sewa.

Kadar sewaan RM 7 – RM 15 per day sahaja.

3. Pakaian Renang dan Kasut Selesa

Sekarang ni nak beli baju renang pun mudah je. Saiz baju pun dah pelbagai. Dari XS sehingga 6XL pun dah ada. Anda bolehlah sediakan baju renang yang sesuai untuk aktiviti snorkeling di laut.

Untuk pakaian aktiviti lain selain snorkeling di pulau, anda boleh sediakan seluar track-suit dan tshirt.

Untuk wanita, bawak tudung tambahan kerana di sana kemungkinan tudung anda akan basah sewaktu aktiviti.

Selipar Slip-On. Di sana anda tidak perlukan kasut yang fancy dan trendy. Disebabkan di pulau kebanyakkan tanah berpasir, anda akan lebih selesa untuk berjalan.

Tak adalah anda rasa annoyed dan rimas dengan pasir yang kerap masuk dalam kasut anda. Senang nak bersihkan dengan air nanti.

Jika anda mengikuti aktiviti hiking, jangan lupa untuk bawa kasut sport anda.

Aqua-Shoes – Kasut yang paling bagus apabila melibatkan aktiviti snorkeling di pulau ! Bukan sahaja ringan, tapi sesuai untuk dibawa ke dalam air. Tak adalah kaki anda tercedera semasa berenang di kawasan coral nanti.

4. Waterproof Water Pouch & Bag

Disebabkan aktiviti di pulau banyak melibatkan aktiviti air, digalakkan untuk memiliki waterproof water pouch & bag supaya barang-barang selamat dari terkena air ketika aktiviti.

Waterproof water pouch juga sesuai untuk letak phone anda sewaktu anda berenang di dalam air. Boleh capture moment anda berenang bersama ikan dan jika anda bernasib baik, anda juga boleh bergambar bersama penyu!

Waterproof Pouch sesuai digunakan untuk letak handphone ketika aktiviti air.

5. Mosquito Repellent Spray / Patch

Untuk keselesaan diri dan anak-anak apabila tibanya waktu malam anda boleh bawa ubat nyamuk juga.

Biasalah kawasan pulau sememangnya tidak lari dari nyamuk.

Nyamuk di kawasan pulau

Sebelum tiba waktu malam, boleh sembur dahulu di sekeliling tempat chalet, untuk anak-anak lebih sesuai bawa jenis patch. Hanya perlu lekat sahaja di pakaian mereka.

6. Bekalan Tambahan:

Botol air minuman yang boleh diisi semula untuk mengelakkan dehidration.

Selain itu, makanan ringan seperti biskut, kacang, atau buah-buahan kering sebagai snek tambahan.

Perubatan asas seperti ubat-ubatan peribadi, ubat sengatan serangga, dan ubat penahan sakit.

 Jika anda bawa anak kecil, kipas kecil portable juga sesuai dibawa untuk keselesaan di bilik penginapan dan aktiviti outdoor.

7. Bagpack

Anda dinasihatkan untuk membawa bagpck berbanding lugage kerana memudahkan untuk anda membawa beg anda ke tempat penginapan.

Kebanyakkan penginapan terletak jauh daripad jeti dan ada juga pengalaman, bot terpaksa turunkan penumpang jauh dari kawasan pantai kerana air surut.

Anda perlu meredah air untuk sampai ke pantai.

Dengan kawasan berpasir, ini menyukarkan anda untuk menyeret luggage beroda anda. Tambah sukar jika beg anda basah dan pasir lekat di beg anda. Bertambah berat.

Bagpack mudah. Banyak baju boleh masuk dan di pasaran juga terdapat jenis waterproof dengan harga yang mampu milik. Hanya perlu menggalas sahaja di belakang, tanpa perlu risau beg terkena pasir dan sebagainya.

Jangan lupa juga bawa kelengkapan toiletries anda secukupnya.

Ada apa-apa lagi tak barangan yang perlu dibawa?

Jika anda terlupa beberapa kelengkapan ini, anda boleh sahaja beli di pulau. Namun di sini harganya sedikit berbeza berbanding di tanah besar.

Kesimpulan

Persediaan awal sebelum tiba di pulau sangat penting untuk berikan keselesaan kepada diri sendiri dan keluarga.

bersantai di tepi pulau

Pelbagai memori indah bakal tercipta dengan percutian ini. Kekalkan mood happy & positif !

Ingin tahu pakej percutian Pulau Kapas mampu milik yang kami tawarkan?

Anda hanya perlu klik button di bawah.

This Post Has One Comment

  1. Aziz ibrahim

    Melancong ke pulau kapas

Leave a Reply