Kenapa ramai yang memilih untuk menginap di Kapas Coral Beach Resort?
Kalau sebut berkenaan Pulau Kapas, memang ramai dah tahu aktiviti apa yang popular dan wajib buat disini.
Kami sendiri pun ada kongsikan termasuklah aktiviti-aktiviti yang jarang dikongsikan oleh orang lain seperti hiking di Bukit Singa dan melihat pemandangan dari rumah api.
Namun, tak ramai yang berkongsi kenapa Kapas Coral Beach Resort menjadi pilihan ramai sebagai tempat penginapan jika bercuti disini.
Jom baca perkongsian kami kali ini, review ikhlas mengenai Kapas Coral Beach Resort.
Kapas Coral Beach Resort – Overview
Secara keseluruhan, kami memang tidak nafikan bahawa resort ini sesuai untuk dimasukkan ke dalam senarai 7 Pulau Kapas Resort Terbaik.
Top 3 pun boleh!
Semuanya kerana kualiti, fasiliti, jenis bilik, harga dan beberapa faktor lain lagi yang berada pada tahap tertinggi.
Untuk perinciannya adalah seperti berikut:
1. Jenis Bilik
Di sini, anda diberikan pilihan tiga jenis bilik yang berbeza iaitu:
- Superior A
- Superior B
- Deluxe
Setiap bilik dilengkapi dengan fasiliti berbeza dari segi saiz katil, jenis katil dan juga aircond.
Apapun, ia pastinya sangat setimpal dan berbaloi dengan harga bilik yang anda pilih.
2. Fasiliti
Selain itu, apa yang menjadikan resort ini sangat popular adalah disebabkan oleh kepelbagaian fasiliti yang ditawarkan disini.
Sebagai contoh, anda diberikan fasiliti berikut sepanjang penginapan anda disini:
- Ruang dan fasiliti untuk BBQ
- Outdoor swimming pool
- Coffee Shop
- Restoran
- Sekuriti 24 jam
Segala fasiliti ini pastinya akan memenuhi hampir keseluruhan keperluan dan kehendak anda tanpa mengira samada anda datang sendiri, bersama pasangan, keluarga atau rakan-rakan.
3. Review
Setakat ini, ramai yang memberikan review yang positif seperti kepuasan dari segi kebersihan bilik, kebersihan keseluruhan resort yang disanitasi secara berkala, makanan yang sedap dan pelbagai, keramahan staf yang bertugas dan macam-macam lagi.
Oh. Anda boleh lihat screenshot review di bawah.
4. Lokasi
Resort ini terletak di LOT 81, MUKIM RUSILA, Pulau Kapas, 21600 Marang, Terengganu.
Jika dibandingkan dengan resort-resort lain, Kapas Coral Beach Resort merupakan di antara resort yang paling dekat jaraknya dengan jeti.
Jadi, anda tidak perlu melalui perjalanan yang panjang dan lama.
Sangat sesuai terutamanya buat anda yang ada masalah mabuk laut, mempunyai anak-anak kecil atau masalah kesihatan tertentu.
Pihak resort juga ada menyediakan bot perantara di antara resort dan jeti. Jadi, mudah untuk sebarang urusan pergerakan anda.
5. Pakej
Apa yang menarik di resort ini adalah, ia ada menawarkan pakej yang mengambil kira keperluan, jenis aktiviti dan bajet anda.
Disini juga ada diberikan pakej day trip untuk anda yang tidak bercadang untuk bermalam disini.
Namun, menerusi pakej day trip ini, anda masih lagi boleh menggunakan fasiliti yang disediakan. Menyenangkan bukan?
Apapun, pakej penuh termasuk bermalam dan berbagai jenis aktiviti juga masih lagi dalam kategori berpatutan dan mampu milik.
Kami sangat sarankan jika anda ingin benar-benar menikmati pengalaman yang manis dan bermakna disini, anda ambil sahaja pakej penuh.
6. Restoran Kapas Coral Beach Resort
Resort ini turut mempunyai restoran mereka sendiri yang menawarkan hidangan dan masakan yang boleh dikategorikan sedap dan berbaloi untuk anda nikmati.
Jika hidangan sarapan, makan tengah hari dan makan malam sudah termasuk di dalam pakej anda, anda tidak perlu risau. Semuanya sedap-sedap.
Selain itu, ada beberapa pilihan restoran yang anda boleh dapatkan di sekitar kawasan Kapas Coral Beach Resort ini.
Sekaligus ia tidak akan menetapkan had terhadap pilihan anda. Anda boleh mencuba hidangan dan masakan daripada restoran yang berbeza.
Biasalah bila melibatkan lidah dan tekak, bukan semua orang sama kan?
Restoran merupakan di antara kawasan tumpuan jika anda berkunjung ke resort ini.
Dah penat melakukan aktiviti seharian, pastilah perut anda akan berasa lapar.
Jadi, sekalipun salah satu restoran sudah penuh, anda masih mempunyai pilihan lain.
7. Pakej Honeymoon
Khas buat anda yang bercadang untuk berbulan madu di Pulau Kapas, Kapas Coral Beach Resort wajib menjadi pilihan anda.
Di dalam pakej honeymoon, anda akan diberikan beberapa item tambahan seperti candlelight dinner.
Pasti honeymoon anda akan lebih bermakna dan menjadi satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan oleh anda dan pasangan.
Selain itu, anda juga akan diberikan coklat, bunga dan beberapa item lain lagi untuk menjadikan honeymoon anda lebih menarik.
Jangan risau. Jika anda ingin melakukan kejutan buat pasangan anda, anda boleh berhubung dan berpakat dengan staf di sini.
Semuanya sporting belaka. Mudah untuk anda berurusan dengan mereka.
Aktiviti di Kapas Coral Beach Resort
Ada banyak sangat aktiviti jika nak diceritakan yang anda boleh lakukan di Pulau Kapas.
Kebanyakan aktiviti adalah sama tanpa mengira walau di mana sekalipun anda menginap di Pulau Kapas.
Namun, agak berbeza jika anda memilih untuk menginap disini kerana anda boleh melakukan beberapa lagi aktiviti tambahan seperti memancing dan mencandat sotong.
Selain itu, anda boleh juga memilih untuk melakukan aktiviti berkayak disini.
Apa yang bestnya adalah, anda boleh minta sahaja pihak resort untuk uruskan buat anda.
Mereka akan uruskan sebaiknya untuk anda. Kualiti khidmat pelanggan mereka adalah di antara yang terbaik.
Namun, ada sesetengah aktiviti atau perkhidmatan akan dikenakan bayaran yang setimpal seperti sewa kayak dan peralatan.
Kesimpulan Mengenai Kapas Coral Beach Resort
Bagi kami, anda boleh jadikan Kapas Coral Beach Resort sebagai salah satu daripada pilihan tempat penginapan anda jika anda berkunjung ke Pulau Kapas.
Sebab-sebab yang kami nyatakan tadi adalah di antara sebab-sebab utama kenapa ia sentiasa menjadi pilihan para pengunjung.
Ada banyak pakej menarik yang pastinya sesuai dengan keperluan dan kehendak anda dari segi aktiviti, bajet, bilangan kumpulan anda, dan lain-lain.
Jangan risau. Kami boleh bantu anda untuk mendapatkan pakej yang terbaik untuk percutian anda di Pulau Kapas.
Jika anda inginkan informasi lanjut atau bertanyakan apa-apa sahaja berkenaan pakej Pulau Kapas atau mengenai Kapas Coral Beach Resort, anda boleh terus hubungi kami.
Klik button di bawah untuk informasi lanjut.