You are currently viewing Trip Pulau Kapas – Tips, Aktiviti dan Penginapan

Trip Pulau Kapas – Tips, Aktiviti dan Penginapan

Anda sedang merancang trip Pulau Kapas dalam masa terdekat atau sewaktu musim cuti nanti?

Jangan risau. Artikel kali ini akan bantu anda untuk menyusun trip Pulau Kapas anda dengan sebaiknya.

Apa yang akan kami kongsikan dalam artikel kali ini adalah dari segi tips, aktiviti dan juga pemilihan penginapan.

Semua ini berdasarkan pengalaman kami menguruskan percutian ramai pengunjung Pulau Kapas selama ini.

Jom baca!

Tips Trip Pulau Kapas

Ada beberapa tips sebenarnya yang kami nak kongsikan dengan anda bagi memastikan percutian anda ke sini lebih baik.

1. Jeti di Marang bukan Merang

Untuk ke Pulau Kapas, anda perlu menaiki bot atau feri menerusi Jeti Pulau Kapas.

Dimana terletaknya jeti ini? Di Marang, Terengganu.

Jangan salah taip atau baca maps kerana ada dua daerah di Terengganu yang hanya berbeza sedikit sahaja ejaan dengan Marang iaitu Merang yang menempatkan sebuah lagi jeti ke destinasi popular Pulau Redang.

Kalau tersilap, memang sakit sebab kedua-dua lokasi ini sangat jauh di antara satu sama lain.

Perjalanan daripada jeti ke Pulau Kapas pula mengambil masa sekitar 30 minit. 

2. Pastikan ada Life Jacket

Ramai juga sebenarnya pengusaha bot yang tidak mengambil berat soal keselamatan dengan tidak memberikan life jacket kepada penumpang.

Sangat bahaya jika anda pun tidak mengambil berat akan keselamatan anda.

Jika keadaan ini berlaku kepada anda, sila tukar dan pilih pengusaha bot lain kerana malang tidak berbau.

Bila-bila masa sahaja boleh berlaku kejadian yang tidak diingini.

3. Kualiti Tandas Sangat Mengecewakan

Setakat hari ini, anda tidak mempunyai akses kepada tandas yang bersih dan selesa.

Jadi, jika anda dalam perjalanan ke sini, selesaikan segala hajat anda terlebih dahulu di tempat yang lebih baik dan selesa.

4. Pilih Musim Yang Sesuai

Normal buat sebarang percutian di pulau-pulau di mana anda perlu memilih waktu atau musim yang sesuai.

Semua ini kerana jika anda datang pada musim yang salah, anda tidak boleh melakukan sebarang aktiviti.

Malah, banyak juga pulau yang menutup operasi pada bulan-bulan tertentu.

Di Pulau Kapas, musim terbaik adalah daripada bulan April sehingga Oktober.

Pada ketika ini keadaan di sebelah barat Semenanjung Malaysia mengalami musim Monsoon Barat Daya.

Cuaca pada musim ini adalah lebih panas dan sangat sesuai untuk anda melakukan aktiviti air.

5. Elakkan Musim Tidak Sesuai

Bila pula musim atau waktu yang tidak sesuai untuk berkunjung ke Pulau Kapas?

Daripada bulan November sehingga bulan Mac.

Ada ketikanya tiada masalah untuk anda datang pada bulan-bulan yang disebutkan.

Namun, jika nasib anda tidak baik, anda akan menikmati air hujan, hujan lebat, angin kuat, ribut kencang dan lain-lain.

Anda berkemungkinan langsung tidak dapat untuk melakukan sebarang aktiviti pada waktu ini.

Sia-sia je la kan anda bayar untuk pakej Pulau Kapas?

Apapun, anda tidak perlu risau kerana Pulau Kapas kebiasaannya akan ditutup bermula pada akhir Oktober sehinggalah musim yang sesuai.

Aktiviti Trip Pulau Kapas

Kalau sebut Pulau Kapas, ia memang sangat terkenal dengan berbagai jenis aktiviti air seperti berikut:

1. Snorkeling dan Scuba Diving

Trip Pulau Kapas

Aktiviti wajib buat para pengunjung Pulau Kapas adalah snorkeling dan juga scuba diving.

Bayangkan ramai pelancong daripada seluruh dunia datang ke sini untuk menikmati pemandangan indah dasar laut yang jernih dan kaya dengan hidupan marin namun anda terlepas untuk melakukannya?

Jangan risau kerana kebanyakan resort di Pulau Kapas ada menyediakan kelengkapan untuk aktiviti ini yang anda boleh sewa atau sudah termasuk di dalam pakej Pulau Kapas.

2. Mendaki Bukit Singa

Antara aktiviti yang ramai terlepas pandang dan tidak lakukan adalah mendaki atau hiking Bukit Singa.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa trek disini sedikit mencabar namun percayalah jika anda menuruti segala arahan dengan sebaiknya, semuanya akan menjadi lebih mudah.

Risiko untuk berlaku sebarang aktiviti yang tidak diingini juga akan berkurang. 

Apa yang anda perlu berikan perhatian adalah dari segi pemakaian anda terutamanya kasut kerana disini terdapat permukaan batu yang sedikit licin.

Apapun, pastikan aktiviti ini termasuk di dalam trip Pulau Kapas anda kerana anda bakal disajikan dengan pemandangan Pulau Kapas dari sudut yang berbeza.

Sangat-sangat berbaloi!

3. Rumah Api

Salah satu aktiviti yang kurang disebut dan dikongsi oleh orang ramai adalah mendaki ke bahagian rumah api Pulau Kapas.

Sama seperti Bukit Singa, anda akan disajikan dengan pemandangan yang sangat memukau.

4. Mandi di Gua Batu Kapas

Wah. Lain macam cadangan aktiviti kali ini. Mandi di gua?

Ia terletak di sekitar kawasan belakang Bukit Singa dan tidak terlalu luas.

Namun, pengalaman dan kesegaran air disini pastinya akan membuatkan trip Pulau Kapas anda menjadi sedikit berbeza berbanding tempat lain.

Oh. Ada perkara menarik yang sangat sesuai untuk anda abadikan di dalam gambar di mana anda boleh melihat fenomena pantulan cahaya matahari.

Nak tahu bagaimana rupa fenomena ini? Anda kena datang ke sini dan alami sendiri.

5. Aktiviti lain

Trip Pulau Kapas

Ada banyak lagi sebenarnya aktiviti menarik yang anda boleh lakukan di Pulau Kapas ini.

Kami ada kongsikan secara terperinci dalam artikel sebelum ini.

Anda boleh baca lebih lanjut disini: Pulau Kapas Day Trip – 7 Aktiviti Best Untuk Anda!

Penginapan Terbaik di Pulau Kapas

Sebenarnya Pulau Kapas merupakan sebuah pulau yang agak unik kerana jenis penginapan yang ditawarkan di sini mempunyai terlalu banyak variasi.

Katakan anda datang bersama-sama kumpulan yang besar, anda boleh memilih penginapan yang mempunyai ruang yang luas atau jenis bilik asrama.

Jika anda inginkan banglo peribadi atau mesra keluarga, ada beberapa pilihan yang sesuai untuk anda.

Begitu juga jika anda ingin memilih penginapan yang lebih dekat dengan jeti, mempunyai fasiliti yang menarik, mesra keluarga, mesra kanak-kanak dan mempunyai restoran, anda boleh memilih Kapas Coral Beach Resort.

Trip Pulau Kapas

Oh. Kalau anda nak suasana outdoor dengan berkhemah, anda boleh memilih Longsha Campsite.

Kiranya Pulau Kapas ini mempunyai segala jenis penginapan yang boleh disesuaikan dengan keperluan, saiz kumpulan dan juga bajet anda.

Antara tempat penginapan yang kami cadangkan adalah:

  • Ombak Kapas Island Beach Resort
  • Qimi Private Bay Kapas Island
  • Kapas Beach Chalets
  • D’Seri Kapas Island Resort
  • Kapas Coral Beach Resort
  • Kapas Turtle Valley
  • Longsha Campsite

Anda boleh baca perincian setiap tempat yang kami cadangkan disini: 7 Pulau Kapas Resort Terbaik! No. 5 Selalu Sold Out!

“Nak Dapatkan Pakej dan Trip Pulau Kapas Terbaik?”

Jangan risau. Kami mempunyai pengalaman dan kepakaran dalam menguruskan percutian di Pulau Kapas serta feedback positif daripada ramai pelanggan.

Kami akan bantu anda untuk mendapatkan pakej dan trip Pulau Kapas yang terbaik bersesuaian dengan keperluan, aktiviti dan juga bajet anda.

Untuk informasi lanjut, anda boleh klik button di bawah.

Leave a Reply